Thursday, February 26, 2009

Raja Dato' Seri Ashman Shah, calon terbaik untuk dipertabalkan selaku Sultan Melaka!














Negeri Melaka, tapak warisan sejarah negara. Kaya dengan kesan peninggalan Kesultanan Melayu Melaka dan tempat terdirinya makam makam pahlawan dan pendekar Melayu yang gugur tatkala berjuang mempertahankan bumi tercinta Tanah Melayu nan dikasihi ini.















Walau kini Kesultanan Melayu Melaka hanya tinggal kenangan, namun bagi pencinta warisan Melayu seperti saya ini, tidak mustahil Melaka kembali bersultan!













Sejarah mencatatkan bahawa sesungguhnya waris waris Kesultanan Melayu Melaka telah menyelamatkan diri kerabat diraja dengan berhijrah ke bumi Perak.

Maka sekiranya rakyat Melayu di tanahair ini masih berpegang kepada amanat Datuk Paduka Laksamana Hang Tuah bahawa 'Tidak Melayu hilang di dunia' masih ada harapan untuk bumi Melaka kembali bertuankan waris waris Paduka Tuanku Sultan Mansor Shah, Raja Melayu terbilang di seluruh Nusantara.

Hendak seribu daya! Bukankah kini kita telah 51 tahun kembali merdeka dari belenggu penjajah asing?

Mana dia erti kemerdekaan itu sekiranya masih kita menjalankan sistem pemerintahan British dengan meneruskan tradisi Gabenor yang diasaskan oleh sang penjajah kolonial?

Negeri Pulau Pinang dan Seberang Perai sepatutnya diserahkan kembali kebawah pemerintahan Sultan Kedah Darul Aman.

Bumi Melaka harus dikembalikan Kesultanan Melayu Melaka dengan mendaulatkan waris Kesultanan Melaka yang kini bersemayam di Kuala Kangsar.


















Almarhum Yang Amat Mulia Raja Dato Seri Ashman Shah ibni DYMM Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan adalah Raja Kechil Tengah Kesultanan Melayu Perak.

Almarhum YAM Raja Dato' Seri Ashman Shah adalah seorang putera Raja Melayu yang memiliki ciri ciri yang sesuai sekali untuk dipertabalkan sebagai Sultan Melaka, kerajaan berdaulat yang baru.

Almarhum Raja Dato' Seri Ashman Shah berpendidikan tinggi dan memiliki :
  • Ijazah Ekonomi dari Universiti Nottingham, England;
  • Sarjana Perundangan dari Universiti Cambridge, England;
  • Barrister at Law, Lincoln's Inn, England;
  • Diploma Undang undang Perniagaan dari Universiti London, England.
Semasa hayatnya Almarhum Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah juga dikenali sebagai seorang putera raja Melayu yang warak dan kuat berpegang pada ajaran Agama Islam.

Almarhum YAM Raja Dato' Seri Ashman Shah dilantik sebagai Khalifah Tariqat Naqsyabandi oleh Mufti Cyprus dan Imam Tariqat Naqsyabandi sedunia, As Syeikh Muhammad Nazim Adil Al Qubrusi An Naqsyabandi.

YAM Raja Dato'Seri Ashman Shah berdo'a bersama rakyat marhaen.

Di akhirul zaman ini bilamana lazim kita mendengar akan salah laku putera putera Raja dan Sultan Melayu gara gara beraktiviti sosial terlampau seperti 'clubbing' mabuk, ganas dan seumpamanya, mana pernah kita mendengar akan sebarang salah laku Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah, Raja Kechil Tengah Kesultanan Melayu Perak Darul Ridzuan ini?

Maka, itulah sebabnya saya selaku seorang warganegara ini dan pencinta Warisan Melayu amat berharap agar mana mana rakyat yang sama sefikrah dengan saya akan turut sama berusaha mengembalikan institusi Kesultanan Melayu Melaka ke tempat sewajarnya iaitu di Istana Kesultanan Melaka, Negeri Bersejarah negara kita.

Waris Kesultanan Melayu Melaka yang paling layak ditabalkan selaku Sultan Melaka tidak lain dari Yang Amat Mulia, Raja Kechil Tengah Kesultanan Melayu Perak Darul Ridzuan dan Jajahan jajahan Takluknya, Raja Dato' Seri Ashman Shah Al Haj ibni Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri Perak Darul Ridzuan!

Semoga dimakbulkan Allah, Tuhan semesta Alam, Rabbul Alamin.

5 comments:

  1. Saya sebagai rakyat Melaka setuju benar dengan saranan tuan. jika ingin pihak tuan membuat jawatankuasa referendum, sudilah saya menawarkan diri untuk membantu.

    ReplyDelete
  2. DAULAT TUANKU.....DAULAT TUANKU.....DAULAT TUANKU!!
    TUANKU RAJA ASHMAN SYAH...
    DAULAT TUANKU!!

    ReplyDelete
  3. Semoga cadangan dan harapan ini benar2 menjadi kenyataan kelak! amin Ya Allah!.

    ReplyDelete
  4. Alhamdullillah.. inilah contoh pemimpin yang kite perlukan. Semoga lebih ramai lagi kerabat yg akan contohi beliau.

    ReplyDelete
  5. Selepas 2 tahun cadangan ini, dan semalam... baginda telah pun mangkat... apapun idea ini patut diperjuangkan. Tetapi mungkin akan menjadi isu perlembagaan negara tetapi kitakan ada majlis raja-raja?

    ReplyDelete

Andaikata ingin merakamkan pendapat dan pandangan tuanhamba, maka dipohon berbudi bahasa dan bermadah secara hemah. Kata murka atau cerca tidak akan diterbit diruang muka dan tuanhamba mungkin tidak dilayan lagi.
Semoga Jejak Warisan tidak tercemar dek salahsangka atau noda bahasa. Insya Allah.

Followers

About Me

My photo
A Malaysian Muslim Blogger & Scriptwriter,Malay to English and English to Malay Translator; Graphic Designer; Editor, Proof Reader, Digital Photographer; Malay Heritage and Islamic Activist & Propagator