Monday, June 12, 2017

Menyokong para penggiat Warisan Melayu Malaysia


Bukan sembarangan orang yang mampu berbusana Melayu lengkap bertanjak, bersampin dan berkeris di khalayak ramai pada zaman moden dimana Sains dan Teknologi begitu pesat memainkan peranan didalam kehidupan seharian kita dewasa ini.

Saya berasa amat bertuah dapat berkenalan dengan sekumpulan anak anak muda Melayu yang gigih menghidupkan Warisan Melayu yang di perturunkan zaman berzaman oleh mereka yang tahu menilai dan memartabatkan kedaulatan ketamadunan Melayu di tanahair kita nan tercinta ini.

Mungkin ada di kalangan pembaca yang kehairanan kenapa Haji Zainol Abideen @ Blogger Mahaguru58 yang berketurunan Mamak ~ India Muslim begitu berminat dengan budaya dan adat resam Melayu?

Mahu nya tidak? Daku lahir di Tanah Melayu ini. Di kala Malaya baru mendapat kemerdekaan dari penjajah British. Membesar di perkampungan Melayu.


Belajar mengaji dan mempelajari Al Quran dengan guru guru Melayu. Malah turut belajar seni dan persilatan Melayu dari Perguruan Pasak Padang di kampong daku yang terletak di Mukim Jelutong Timur, Pulau Mutiara ataupun Pulau Pinang yang asalnya terletak di bawah jajahan dan naungan Duli Tuanku Sultan Kedah Darul Aman.

Adat resam Melayu saja yang hamba Allah ini tahu dan mengamalkan di dalam kehidupan seharian ku. Makanya mahu tidak mahu diriku ni tetap sayang dan mencintai segalanya yang diwarisi dari zaman berzaman termasuk lah busana dan persenjataan Melayu.



Secara alami diriku ini menjadi pengumpul dan pencinta seni persenjataan Melayu menurut kemampuan ku. Kalau di turutkan hati mahu saja ku penuhi ruang kediaman ku dengan segala keris, pedang, lembing dan tombak tetapi apakan daya walau hati berkata mahu dompet tampil menegah hasrat hatiku.

Berbelanja mengikut kemampuan wahai diri. Usah menang membeli tetapi kemudian  poket nya sudah pokai. Na'uzubillahiminzalik!

Melayu sekarang ramai yang tidak sedar akan kepentingan memelihara khazanah bangsa sendiri untuk menjadi panduan keturunan akan datang nanti.

Jangan sampai timbul keadaan di mana segala warisan Melayu tinggal mengumpul habuk dan debu di dalam peti peti pameran di dalam muzium sahaja.




No comments:

Post a Comment

Andaikata ingin merakamkan pendapat dan pandangan tuanhamba, maka dipohon berbudi bahasa dan bermadah secara hemah. Kata murka atau cerca tidak akan diterbit diruang muka dan tuanhamba mungkin tidak dilayan lagi.
Semoga Jejak Warisan tidak tercemar dek salahsangka atau noda bahasa. Insya Allah.

Followers

About Me

My photo
A Malaysian Muslim Blogger & Scriptwriter,Malay to English and English to Malay Translator; Graphic Designer; Editor, Proof Reader, Digital Photographer; Malay Heritage and Islamic Activist & Propagator